Lama aku mencari kekuatan untuk menulis post baru ni. Post kali ni berkaitan dengan result IB yang aku terima pada 6 Julai yang lepas tepat pukul 9.15 malam waktu Malaysia. Bukan apa, aku masih lagi terkejut dan tergamam dengan result yang aku terima ditambah lagi dengan rasa sedih atas khabaran bahawa beberapa rakan seperjuanganku masih lagi tertanya-tanya status mereka.
Sebelum aku mulakan dengan pengkhabaran result aku, aku ingin sekali menyatakan bahawa doa aku sentiasa mengiringi mereka, aku sentiasa berharap mereka dapat tempuhi waktu-waktu perit sebegini. Dari dulu sampai sekarang, doa aku tetap bersama dengan mereka walaupun pada zahirnya aku seperti tidak ambil berat terhadap situasi mereka, tapi dalam hati ini hanya Allah saja yang tahu.
Post kali ini juga ditulis bukan dengan niat untuk menunjuk atau berbangga dengan result yang aku dapat, jauh sekali untuk merasa takabur, ujub mahupun sum'ah. Na'uzubillah. Cuma aku harap catatan ini mungkin dapat menaikkan semangat serta serba sedikit dapat jadi peringatan bagi sesetengah pejuang jihad fisabilillah di luar sana yang pernah mengalami nasib seperti aku. Aku juga ingin menjadikan catatan ini sebagai pendorong motivasi kepada diriku sendiri.Maklumlah, aku bukanlah pelajar yang sangat pintar di kolej jauh sekali menjadi antara yang teratas dalam senarai pelajar pintar mahupun menjadi sebutan cikgu-cikgu.
Tapi aku ada prinsip sendiri dalam menempuhi dunia menimba ilmu ini. Seperti yang kakak aku pesan, apabila kita belajar, kita bukan bersaing dengan orang lain, bukan untuk membandingkan diri kita dengan orang lain, sebaliknya dengan diri sendiri. Sungguhpun ada orang yang lebih tinggi pencapaiannya dari aku, aku tak pernah membanggakan orang tersebut jauh sekali merasa cemburu dengan mereka. Itulah yang menjadi pegangan aku selama ini. Kadang-kadang aku merasakan aku seperti dalam dunia aku sendiri. Apabila prestasi aku meningkat, aku tak harapkan pujian dari kawan-kawan ataupun cikgu. Malah aku lagi rasa tidak senang duduk jika mendapat pujian. Jikalau boleh, aku taknak sesiapa merasa rendah diri dengan aku. Sebab aku sama sahaja dengan yang lain. Namun aku pernah merasa goyahnya pegangan aku ini ketika hampirnya waktu peperiksaan IB. Sebelum itu kami perlu menduduki Mock Exam bagi menentukan sejauh mana Intensive Revision Programme berkesan bagi kami dan untuk melihat persediaan kami bagi menduduki IB Exam. Ketika itu, keputusan aku jatuh teruk dengan markah English Essay aku yang hanya mendapat 19/30 dan Malay aku yang hanya mendapat 17/25 (paling teruk dalam sejarah pembelajaran aku), dan salah seorang rakanku yang tidak menghadiri kelas selama beberapa bulan mampu skor lebih baik dari aku. Ketika itulah aku merasa down sangat, dan boleh dikatakan itulah kali pertama aku menangis kerana pelajaran. Seumur hidup aku sebelum ini, belum pernah aku menangis kerana pelajaran tapi ketika itu hanya Allah saja tahu betapa mencabarnya waktu itu.
Dan antara lain pegangan aku ialah untuk tidak mengutuk cikgu dan membandingkan antara cikgu. Walau macam mana teruk pun cikgu tu mengajar, aku kuatkan semangat aku untuk elakkan diri dari mengutuk cikgu. Bila kawan-kawan aku kutuk, pada zahirnya memang aku bergelak sesama mereka, tapi di belakang aku menangis mengenangkan cikgu tersebut. Aku tidak mempunyai kekuatan untuk menegur rakan-rakanku. Aku masih ingat lagi bagaimana rakan-rakanku memuji-muji cikgu-cikgu tertentu dan mengatakan mereka sayang cikgu inilah itulah. Bagiku, kasih sayangku pada cikgu-cikgu semua sama rata dan mereka tetap aku ingati dalam doaku. Dan bagi aku lagi, cikgu-cikgu Kolej Mara Banting are the finest products. Kesabaran mereka, kecekalan mereka mengajar, bagaimana mereka tidak membezakan anak-anak murid mereka.Aku sentiasa tanamkan dalam diri aku yang aku taknak menghampakan harapan mereka, walaupun pada hakikatnya aku telah hampakan harapan cikgu Physics dan Chemistry aku. Maaf cikgu.
Dalam kita belajar, kita perlukan keberkatan dan keredhaan. Yang paling utama dari Allah. Setiap pagi, aku akan perbaharui niat aku dengan mengutamakan Allah sebagai niat aku belajar. Kerana Islam. kerana saudara seagamaku di Palestin, Iraq, Lubnan, Afghanistan dan di seluruh dunia. Aku akan berusaha agar keluarku dari bilikku diiringi dengan doa tawakal dan ayat kursi serta ayat 1000 dinar. Dan yang paling penting solat kita. Solat fardhu jangan tinggal, insyaAllah aku cuba. Ditambah lagi dengan solat tahajud, solat hajat serta solat dhuha. Ya, waktu dhuha adalah waktu kita minta rezeki kita dimurahkan. Hayati setiap doa yang kita lafazkan. Jangan pernah kita bongkak dengan Allah.
Hm...aku rasa penat juga membebel ni. Oklah, aku akan teruskan dengan detik-detik yang aku lalui pada 6 Julai 2010. Tepat jam 5.09pm waktu Malaysia, kakak aku yang sedang menuntut di UK telah menghantar sms kepadaku.
Diyana: Agh, rzults camne? :) Asal x inform alg lg nih. dh pns bontot.
Dalila: Eit blum kuar lg la. kn agh da ckp pukul 1.15pm tmpt alg maknanya kul 9.15pm agh. sabar ek. agh lg cuak ni
Diyana: Awat lmbt sgt? Alg dh confident nih. Pelik lah asal x kuar2. alg nk check online gak.hntr psswrd
Dalila:x payah. nanti alg kne heart attack. haha. mana ble cek ramai2
Diyana: Ala. Alg check la lps agh check!! kalau kena heart attack, ada ramai cardiologist kt cni :D
Dalila: Mama kata gatal je rupe. erm nnt bila agh da cek, agh bg la link tu kt alg, okey?
Diyana: Bkn alg yg gatal. alg comel. being cute is not a crime!! Bg la skrg...
Dalila:Nanti agh takut alg bkk slh time. nanti ble get blocked.
Diyana: X. Alg bukak sejam lps agh bukak. janji.plz :) alg pun nk tau gak.huhu
Dalila: Okla....nah link..........
Haha. tu dengan kakak aku...awalkan? Adik aku pula dah pun call semalam nye tanya result aku tapi aku kata keluar 6/7. Dalam puku 9.03pm aku pun cuba la buka link tu nk tengok...haha tapi website tu ingatkan aku keluar pukul 9.15....masa tu aku dah solat isyak dah pn. Alhamdulillah masa solat, aku boleh tenangkan diri dan tak ingat nak ambil result. Tapi, dlm pukul 9.05pm, aku dah mula menangis kat mama aku. Mama aku duduk sebelah aku time tu mengadap lappy aku nak tengok sekali result aku. Aku menangis, aku kata ngan mama ku "Ma...angah belajar tau ma. Kalau result angah teruk, angah nk cakap juga angah belajar. Bukan angah tak belajar...angah dah cuba sehabis baik....". Haha...bila aku cakap camtu ngan mama aku, mama aku jawab pendek jek "ye mama tahu".
Dan apabila pukul 9.30pm....aku pun kuatkan semangat membuka link website IBO, memasukkan Personal code dan PIN...dan menekan butang login...
Maka aku tunggu la page tu loading...
Aku bukak mata perlahan-lahan, aku kaji grade aku dari subjek first sampai bawah. Aku telan air liurku. " Ya Allah, hanya ada gred 6 dan 7". Aku terus menangis, memanjatkan kesyukuran kepada Yang Maha Kuasa...aku terus peluk mama aku..."Ma, alhamdulillah angah dapat 40 ma...." ( Gred 7 ibarat gred A) Dah puas menangis, baru aku tengok dengan teliti subjek apa yang aku dapat 6...Chemistry dan Physics...aku menangis lagi, tapi kali ini tangisan terkilan, kerana itu adalah subjek harapan aku...dalam aku penat-penat nangis tu, mama aku tepuk bahu aku menyuruh aku menatap skrin lagi sekali " Angah! Angah! Math angah 7 lah!!!"....lagi sekali kami menangis kesyukuran. Masa tu, perasaan bercampur-baur. Ya, memang aku terkejut sangat. Math aku paling tinggi selama ni hanya 5 dan Allah telah mengurniakan 7 kepadaku kali ini. Mama terus meningatkan aku agar bersolat sunat dan sujud syukur....aku akur.
Ya Allah...aku bersyukur kerana Engkau telah permudahkan perjalanan aku menuntut ilmu. Dari aku PTS, UPSR, PMR, SPM dan kini IB...Allah tak pernah hampakan hambaNya yang hina lagi kerdil ni. Tapi aku tahu, sungguhpun aku tidak diuji dalam bidang ni, aku diuji dengan dugaan lain. Biarlah hanya aku saja yang tahu...dan juga Dia.
Harapan aku kini agar adik aku yang paling aku sayangi, Dinie Nuruliman, akan dapat menyertai kakak-kakaknya untuk menuntut ilmu di UK. Kami akan sentiasa mendoakanmu dan sentiasa menanti kedatanganmu, Dinie.
No comments:
Post a Comment