Dihiasi perkara suka duka...
Pagi hari sampai ke malam tersenyum sendirian melihat keindahan ciptaan Allah...bumi London dituruni salji sejak awal pagi...mungkin kerana pertama kali melihatnya.
Tapi begitu mudah nikmat ditarik...setibanya di bilik, diri ini mendapat satu berita sedih dan tidak dijangkakan. Sesuatu yang membuatkan diri merasa usaha sia-sia begitu sahaja..merasakan diri ini banyak kurangnya..sesuatu yang sekali lagi mempunahkan keyakinan yang sedia ada rapuh. Sedih...tapi tak tahu pada siapa harus diluahkan...seperti biasa, diri mencari ketenangan dari Ilahi. Mungkin usaha duniawi sudah cukup...fizikal dan mental...tapi bagaimana usaha rohani? Mungkin kurang di situ...perlu muhasabah dan cari di mana silapnya...
Ya Rabb, bimbing hambaMu dalam menghadapi hari mendatang
No comments:
Post a Comment