Sunday, February 6, 2011

Cerita Kami

Cinta antara kita...
tiada penghalangnya...
walau akhir usia
ku menyinta dirimu

Rangkap lagu diatas bukan ditujukan kepada mana-mana jejaka tetapi sebaliknya kepada dua orang puteri yang mendapat tempat teratas dalam hatiku...iaitu kakak dan adikku....

Ya dalam hidup ni Allah dah banyak kurniakan nikmat pada aku...dan antara nikmat yang terbesar tu termasuk la hubungan silaturahim antara kami adik beradik...Dan aku betul-betul bersyukur kerana ditakdirkan kami adik beradik sangatlah rapat....tapi apakan daya, kerana mengejar cita-cita masing-masing, kami seringkali terpisah...tapi takpe sebab bak kata pepatah Melayu, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian...biar terpisah sekarang agar nanti bila masing-masing dah berkerjaya dah tak perlu terpisah....

Tak tahu sejak bila kami jadi rapat tapi yang pasti masa kecil kami, kami sama jek macam adik beradik yang lain...penuh dgn pertengkaran, bertikam lidah, cakar mencakar, cubit mencubit, tampar menampar....agaknya bila seorang demi seorang masuk asrama dan merasai perpisahan buat pertama kali maka dari itu kami belajar untuk menghargai satu sama yang lain....bak kata pepatah...selalunya apabila benda ada depan mata, kita tak pernah nak menghargai, tapi bila dah takde baru tercari-cari....

Dalam hidup ni, memang semua amalan kita hendaklah diniatkan kerana Allah....termasuklah niat nak belajar....tapi antara benda yang mendorong aku untuk belajar rajin untuk ke UK ialah sebab aku ingat dulu aku dah taknak dah rasa sedih setiap kali kena pisah dengan kakak aku kat airport...tapi aku lupa kalo aku dah tak perlu rasa sedih pisah dgn kakak kat airport tapi still aku akan rasa sedih untuk pisah dengan adik aku kat airport...tapi apakan daya....aku hanya boleh memilih antara satu....

Tapi ditakdirkan aku bukannya sama universiti dengan kakak aku...malah lain city pun...sorang kat sheffield sorang kat london....maka perpisahan tu tetap ada....dan kesannya tetap sama sungguhpun dah banyak kali berlaku...sepatutnya dah imun la kan tapi tak pada aku....pernah gak aku terfikir...ni baru perpisahan dunia...aku tak dapat bayangkan kalo perpisahan alam camne......aku tak tahu la kalau aku mampu nak nangis banyak2 time tu atau agaknya sedih sangat sampai dah takde air mata keluar...

Dulu aku pernah jek cakap benda bukan2 kat adik aku...kalau aku marah, aku hamburkan semua perkataan kesat kat dia...sampailah terjadinye peristiwa dimana sepupu aku(sulung dari tiga adik beradik perempuan) meninggal dunia dalam usia yang muda dan aku saksikan camne adik beradik dia hadapi...mula aku insaf kat situ...kita tak tau bila seseorang tu akan pergi meninggalkan kita dan aku taknak rasa bersalah bila kakak atau adik aku ditakdirkan pergi dulu dan aku taknak rasa berdosa jika aku yang pergi dulu....maka aku belajar untuk menghargai setiap detik masa yang aku ada untuk bersama adik beradik aku....


Dalam kesusahan menuntut ilmu, somehow rasa sedikit mudah apabila kita dapat kata-kata semangat dari adik beradik kita...somehow kita tak jadi nak give up tengah jalan...bila kita mula nak tersasar dari jalan yang lurus, ada adik beradik kita yang nak ingatkan kita, bimbing kita balik ke jalan yang benar...itulah fungsi adik beradik...saling melengkapi....saling menceriakan....biar beribu jejaka yang datang dan pergi dalam hidup kita tapi dengan adanya adik beradik, semua tu terasa tak terkesan langsung....ye berpisah dengan kakak dan adik aku jauh lebih sedih dari berpisah dengan seorang jejaka yang aku sayang....kasih sayang aku kat adik beradik at least bukan bertepuk sebelah tangan dan tak pernah mengecewakantapi jika aku curahkan kasih sayang pada seorang jejaka, entah ye entak tidak aku akan dapat balasan....

Rasa dramatik pulak...yela post ni ditulis masa aku tengah rasa sedih sebab kakak aku baru jek balik ek sheffield lepas temankan aku kat london ni...

P/S: terima kasih along sebab buatkan weekend angah happening...along, angah harap along dapat sambung phd kat sini nanti....sebab angah tak tahu kalau angah sorang nanti camnela hidup angah..dan dinie angah harap perjalanan dinie ke kolej dipermudahkan sebagaimana angah nye perjalanan dipermudahkan Allah..dan angah harap cita-cita kita untuk berkumpul tiga beradik kt UK nanti bakal dimakbulkan Allah...amin

Lagu yang angah bagi along masa along pegi first time dulu lagu Seribu Tahun...pasti along ingat lagi kan..

relaku menunggumu seribu tahun lama lagi
tapi  benarkah hidup ku kan selama ini
Biar berputar utara selatan
kutak putus harapan sedia setia

relaku mengejar mu seribu batu jauh lagi
tapi benarkan kaki ku kan tahan sepanjang jalan ini
biar berbisu burung dan siulan
terlelah gelombang lautan
ku masih setia..

No comments:

Post a Comment