Friday, May 27, 2011

Subhanallah..indahnya

Ok...ini tiada kaitan dengan mana-mana makhluk Allah yang kacak atau yang cantik...tapi ini berkaitan dengan mimpi saya ^_^...mimpi tidur lepas subuh jadi besar kemungkinan mainan tidur...yup mimpi tak silap saya dikatakan ada tiga jenis...(akan cuba cari mana saya dapat info ini)...pertama keinginan kita...kedua petunjuk Allah...ketiga mainan syaitan...yup..saya harap keinginan saya jek sebab kalau nak kata petunjuk Allah tu sangatlah mustahil memandangkan saya ni hambaNya yang sangat lemah. 


Rasa tak perlulah saya cerita lebih lanjut tentang mimpi itu kerana takut mengganggu ketenteraman atau sensitiviti orang lain...(nak kata takut ada orang perasan sebenarnya). Cuma yang pasti ianya tiada kaitan dengan pelajaran atau hubungan kekeluargaan. Saya rasa setakat ni satu-satunya mimpi (tolak pasal study dan keluarga) yang mampu buat saya tersenyum dari waktu saya bangun tidur pukul 8pagi sampailah waktu saya tulis entri ini. Hehe, malah masa nak pergi jumpa lecturer pun boleh tersenyum sendirian dalam bas. Masak pun senyum lagi. Oh dan dalam mimpi itu ada warna oren dan purple dan hijau...warna kesukaan saya :) 


Ya Allah, indahnya kalau jadi kenyataan tapi saya sedar akan diri yang serba kekurangan sana sini. Jadi saya serahkan hal ini kepada Maha Pencipta yang sesungguhnya tahu apa yang terbaik buat diri ini. Ok nak sambung study. Moga Allah permudahkan segalanya.InsyaAllah.Amin. All the best juga kepada rakan seperjuangan yang lain.


PS: Tadi naik bas 52 dari Notting Hill ke Royal Albert Hall, ada sorang remaja mat saleh pakai habis smart ala-ala gaya agent dengan kot labuh hitam dan luggage kecik hitam serta rambut disikat gaya 70an...Subhanallah indah ciptaan Allah ^_^ Waktu jalan ke kampus dia jala ka tbelakang rasa berdebar. :P Acah jek.

1 comment: