Ingatlah wahai diri...
Di luar sana, ada ramai orang yang susah, yang tak pernah punyai peluang untuk bersekolah, tapi sentiasa punyai usaha mencari duit dan menyimpan impian untuk ke sekolah suatu hari nanti. Mereka tak kisah biar bersengkang mata mencari punca rezeki. Asalkan dapat laksanakan impian tersebut.
Tapi anda? Dah dapat peluang masih tak bersyukur. Susah sikit merungut. Susah sikit melenting. Kalau belajar tak susah, baik tak payah belajar. Kalau belajar tak susah, takde beza orang yang belajar dengan tak belajar. Kat luar sana, ramai lagi yang sanggup bersusah asalkan dapat belajar. Kalau asyik merungut, pergi bagi peluang tu kat orang lain.
Baru dua paper susah..tu pun tak dapat result lagi. Kalau it turns out to be not bad, buang lelah je mengamuk sana sini. Malu dengan diri sendiri. Malu dengan Allah. Baru diuji sedikit dah mula nak give up. Shame on you, diri. So apa lagi...buka buku math tu pergi buat latihan. Daripada buang masa complaining lecturer ini itu tak bagus, baik pergi gunakan masa untuk cari nota. Jangan sampai nanti mati bila ditanya, usia kamu dihabiskan bagaimana, baru tersedar "oh saya kept on complain pasal lecturer sampai nak belajar nak beribadah pun tak sempat."
Sentiasalah muhasabah diri anda. Carilah mana punca kesusahan tersebut. Besar kemungkinan dari diri anda sendiri. Fikir-fikirkan.
Renungkan balik kata-kata hikmah " Biar susah macam mana hidup di dunia ini. Yang penting kita tahu di akhirat kelak akan ada ganjaran bertemu dengan-Nya". Subhanallah. Semoga segala ilmu yang dipelajari diniatkan kerana Allah Taala.
P/S: Post kali ini untuk diri saya sendiri. Tiada kaitan dengan mana-mana pihak lain. Harap Maklum.
No comments:
Post a Comment