Ada satu buku yang di saat ini aku teringin sangat nak baca tapi masih belum sempat memilikinya..
Kitab Fadhilat Amal
Dulu masa di kolej, senang nak dapat...sentiasa ada di musolla...bersama dengan buku Muntakhab Ahadith...tapi tak dapat baca habis. Apa yang dah dibaca pun dah lupa. Ada minta kakak dan adik carikan, tapi masih belum ditemui. Boleh diorder online, tapi memandangkan cara bayarannya melalui MayBank2u maka terbantu niat. Yelah, kalau guna visa takpa juga tapi kalau bank transfer alamat kena minta ayah la transferkan. Nantilah tanya ayah.
Sekarang ni rindu rasa nak dengar ceramah agama dalam bahasa melayu. Rindu nak timba ilmu agama secara sepenuhnya. Tapi takpe..cuti lagi seminggu...mula cuti nanti nak pergi ke rumah Kak Wani dan Kak Siha nak berusrah...nak spend masa lama sikit. Memang terasa kosong jiwa rohani tanpa pengisian ilmu agama ni. Dan aku rasa itu lah sebab "kegilaan" aku beberapa minggu selama ni. Alhamdulillah fikiran dah waras kembali. Fokus belajar pun kembali pulih. Boleh fikir pasal kahwin sedangkan diri banyak yang perlu diperbaiki dan ilmu banyak lagi perlu dituntut. Astaghfirullahal-Azim. Peringatan lah tu Allah beri untuk muhasabah kembali di mana silapnya.
Ada beli buku tentang Saladin tapi tak terbaca pun lagi. Apatah lagi buku Islam and Modern Science. Ingat nak sambung kajian sejarah Islam. Aduh bila boleh mula membaca tanpa risau perlu ulangkaji pelajaran. Cuti 5 minggu pun, naik Summer Term ada 12 paper menanti (ke 11, tak ingat pula). Ditambah dengan Mastery Exam untuk Medical Science II. Habis exam, ada WetLab Skills. Harap-harap Professor jadi nak buat kelas tambahan untuk Programming II sebelum cuti summer nanti.
Nak kena fikir lagi sama ada nak ambil kelas Bahasa atau tak untuk subjek Humanities nanti. Mana taknya, requirement pihak uni tetapkan level 2. Bila masa pula nak catch up Bahasa Jepun sampai Level 2. Lain la kalau Bahasa Arab ke Bahasa Korea ke. Bukan nak berlagak tapi memang dua bahasa tu je la setakat ni aku dapat kuasai serba sikit. Yelah, bahasa arab memang prioriti utama dalam hidup dan Bahasa Korea pun sebab aku ada coursemate korean. Bersyukur sebab dia tak lokek ilmu. Setiap hari ada sahaja perkataan aku belajar dari dia. Malah di facebook juga, kami kerap guna Bahasa Korea. Konon-kononnya secret language kami lah. Summer nanti nak lancarkan Bahasa Korea lagi supaya tahun depan dapat berkomunikasi dengan dia dengan agak lancar.
Memandangkan masa IB memang dah pernah belajar pasal Business Management, ingat nak teruskan lagi. Tapi kena ada dua module untuk Humanities. Kalau ambil Economics tak redundant ke dengan Business. Satu lagi saat di mana pilihan mesti dibuat. Takpe, nanti slow talk dengan kakak minta pendapat dia.
Oh satu benda yang aku mesti ingat. Date yang dah dijanji dengan Kak Saadiah. Dia dan Aunty Zawiyah teringin nak makan Ayam Betawi lagi. Agak-agak berapa banyak perlu aku buat ya. Niat hati ingat nak masak Ayam Masak Merah juga tapi kena tengok budget ada tak nak buat dua lauk. Harap-harap dia ajak pergi rumah dia memandangkan hall aku ni tak berapa selesa untuk duduk berbual, ditambah dengan roommate yang mungkin tak pergi mana-mana cuti Spring kali ini.
Dan itu bermakna aku perlu ke department untuk ulang kaji. Nak harapkan belajar di bilik tanpa meja study yang proper, alamat tak habis la ulangkaji nanti. Ya Allah, banyaknya benda perlu difikir dan dirancang dengan teliti. Ya Allah gerakkanlah hati rommateku untuk pergi bercuti ke tempat lain sepanjang cuti Easter. Amin
P/S: Coretan setelah selesai menyiapkan coursework berkaitan Resource Allocation in Project Management. Dan hari esok menunggu untuk aku menyiapkan Contract Strategy and Form of Organisation implemented in Burj Al-Arab Development. Siang tadi skype kakak dan adik, mereka kata aku ala-ala project manager dah. ^_^
No comments:
Post a Comment